
Adakah anda yang kami cari? Tunggu apa lagi! Jom Sertai Pencarian Mualim Muda sekarang dan menjadi sebahagian daripada Pendakwah Era Baharu!
Program Terbaru Astro Oasis 2025

Kurma & Kopi: Sembang Ikat Tepi Musim 2
Kurma & Kopi kembali untuk musim kedua!
Sembang santai, kisah peribadi, dan renungan penuh makna semua dalam satu rancangan yang mendekatkan kita dengan isu semasa & keimanan.
“Kurma & Kopi” menampilkan dua hos yang ceria, Atu & Mawi, yang membawakan perbualan santai namun penuh hikmah. Rancangan ini juga menampilkan tetamu-tetamu istimewa dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi cerita yang memberi inspirasi.

Tazkirah Malam Jumaat Musim Ke-9
Musim ke-9 Tazkirah Malam Jumaat kini menambah baik penyampaian dengan menggunakan bahasa isyarat sepanjang bulan Ramadan supaya golongan OKU Pendengaran juga boleh ikut serta dan faham isi tazkirah dengan lebih mudah.
Usaha ini menunjukkan bahawa ilmu agama adalah untuk semua orang tanpa mengira keadaan. Program ini menampilkan Azlina Mohamed Isa, iaitu OKU Pekak pertama di Malaysia yang bekerja sebagai jurubahasa isyarat di televisyen dan juga kaunselor berdaftar.
Dengan adanya jurubahasa isyarat, tidak ada lagi halangan komunikasi dan semua boleh rasa lebih dekat dengan majlis ilmu.
Tazkirah Malam Jumaat Musim ke-9 boleh ditonton setiap hari Khamis, jam 9 malam.